Kesimpulan

 


Secara ringkas, etanol atau etil alkohol adalah

jenis alkohol yang paling diketahui umum

kerana ia adalah satu-satunya ahli kumpulan

berfungsi hidroksi yang dihasilkan untuk

diminum oleh manusia sejak awal zaman

peradaban. Istilah alkohol pada asalnya

bukanlah digunakan untuk merujuk kepada

minuman yang memabukkan tetapi istilah

tersebut mula popular pada kurun ke 15.

Seterusnya pada tahun 1850, istilah alkohol

mula digunakan dengan meluas sebagai

mewakili kelas sebatian yang sama (Harper,

2010) dan turut membawa maksud minuman

yang terhasil daripada proses fermentasi. Namun

begitu, istilah alkohol tidak begitu tepat untuk

menggambarkan minuman yang memabukkan

seperti arak dan khamar kerana bukan semua

alkohol itu bersifat memabukkan.

Pengharaman minuman beralkohol iaitu arak

dan khamar dalam Islam adalah melalui empat

peringkat dan diceritakan dalam Al-Quran iaitu

dalam Surah An-Nahl ayat ke 67, Surah AlBaqarah ayat ke 219, Surah An-Nisa ayat ke 43

dan dua ayat daripada Surah Al-Maidah ayat ke

90-91. Setiap peringkat pengharaman

mempunyai kisah tauladan para sahabat Nabi

yang menunjukkan sebab dan akibat yang

mengimplikasikan kepada pengharaman arak

dan khamar. Pengharaman arak dan khamar

secara berperingkat menunjukkan bahawa

agama Islam bukanlah agama paksaan dan tidak

membebankan penganutnya.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Arak Diharamkan?

Hai assalamualaikum ,  kami dari kumpulan 4 akan menerangkan tentang kenapa arak diharamkan?