Pendahuluan

 


HARAM meminum minuman yang memabukkan sama ada arak (خمر), iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.Menurut ijmak ulamak, pengharaman arak adalah kerana ia memabukkan sekalipun dalam jumlah yang sedikit. Oleh itu, pengharaman tersebut mestilah sama atas semua minuman yang memabukkan tanpa perbezaan walau apa jua asalnya.


Akta 559

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian II – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya 


Seksyen 19. 

Minuman yang memabukkan.

Arak dari segi bahasa ialah menutup, dimaksudkan menutup adalah sesuatu yang menutup akal dan memabukkan yang dihasilkan daripada perahan anggur dan lain-lain.1 Manakala menurut Ibn Manzur, arak bererti campuran.2 Dalam erti kata lain, arak merupakan setiap minuman yang memabukkan kerana ianya menutup akal atau menghilangkan kewarasan akal.3 Ibn al-`Arabi berpendapat dinamakan arak kerana menghilangkan kewasaran akal.4 Begitu juga pandangan Ibn Manzur mengatakan ia dinamakan arak kerana menutup akal dari berfikir dan menghilangkan daya pertimbangan bagi peminumnya.5 Al-Fairuz Abadi berpendapat bahawa arak secara umum bermaksud sesuatu yang memabukkan dan menghilangkan kawarasan akal serta dibuat daripada perahan anggur. Ini lebih tepat kerana arak daripada anggur diharamkan di bandar Madinah.6

No comments:

Post a Comment

Kenapa Arak Diharamkan?

Hai assalamualaikum ,  kami dari kumpulan 4 akan menerangkan tentang kenapa arak diharamkan?