Titik pertemuan antara kajian sains dan hukum islam

Alkohol merupakan suatu sebatian organik yang mengandungi kumpulan berfungsi hidroksi (-OH). Ia

mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat namun apabila bercakap tentang alkohol, kita sering

mengklasifikasikan semua jenis alkohol itu sebagai haram. Istilah arak atau khamr dan alkohol sebenarnya

memberi pengertian yang berbeza dan maksud keduanya harus difahami. Alkohol yang diharamkan adalah

etanol yang menjadi salah satu bahan dalam arak. Justeru, artikel ini ditulis bagi membincangkan perbezaan

antara penggunaan alkohol yang dibolehkan dalam Islam dan yang diharamkan dalam Islam. Sebenarnya,

terdapat perbincangan yang luas di antara para fuqaha tentang penggunaan alkohol dalam pelbagai cabang

sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan terutamanya bidang sains dan teknologi. Kajian kepustakaan

melalui pembacaan jurnal, tafsir Al-Quran dan sebab diturunkan ayat tersebut, telah dijalankan bagi

mengetahui tentang maksud sebenar alkohol dan penghasilannya, sejarah dan hikmah pengharaman alkohol

(arak) dalam syariat Islam, kesan pengambilan alkohol terhadap tubuh manusia dan kegunaan serta isu-isu

berkaitan dengan penggunaan alkohol dalam kehidupan seharian. Alkohol iaitu etanol, boleh dihasilkan

melalui dua kaedah iaitu fermentasi dan tindak balas etena dengan stim. Pengharaman alkohol (arak) dalam

syariat Islam adalah secara berperingkat dan ia mempunyai hikmahnya yang tersendiri antaranya bagi

menunjukkan kepada manusia bahawa alkohol juga boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Pengambilan

 alkohol sebagai minuman boleh merosakkan sistem tubuh manusia, memberi kesan ke atas otak dan

kebolehan berfikir, risiko kerosakan hati atau sirosis dan meningkatkan risiko kanser. Selain itu, masyarakat

perlu memahami isu-isu berkaitan penggunaan alkohol dalam industri makanan, pembuatan minyak wangi,

perubatan dan sebagai bahan api supaya lebih menghargai alkohol sebagai salah satu sebatian organik yang

bernilai.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Arak Diharamkan?

Hai assalamualaikum ,  kami dari kumpulan 4 akan menerangkan tentang kenapa arak diharamkan?